Ada apa dengan CINTA?

Apa cara menjana ‘CINTA’? Ada teknik@ langkah-demi-langkah ?? ada cara saintifik atau teknik untuk faham lelaki & wanita? apa tips terbaik berkomunikasi lelaki & wanita?

 

 

Justeru, atas nama CINTA,  diperkenalkan Siri Bengkel Asas  ‘Cinta ‘Delivery’ (maaf kepada pencinta bahasa)  bagi  kutipan dana Program Global OutReach Programme 2011-2012 Perpustakaan Sultanah Zanariah.

Judul Bengkel: Cinta ‘Delivery’ 

Tarikh  :  (i) Sabtu, 17 Disember 2011  (ii) Sabtu , 31 Disember 2011

Masa : 8.30 pagi – 12.00 tgh | rehat :  10.00 – 10.30 pagi

Tempat : Bilik Seminar 3 , Aras 4, Perpustakaan UTM Skudai

Yuran:

RM10.00 : pelajar, staf dan ahli keluarga staf UTM ( 16 thn ke atas)

RM20.00: penyertaan luar

Tawaran: koleksi ebook percuma berkaitan dengan topik; template berkaitan topik

Pertanyaan / Tempahan , sila hubungi :

Nisrin M Anis , nisrin@utm.my | Aslinda Aris, aslinda@utm.my

Topik perkongsian:

1. Teknik menjana CINTA : langkah-demi-langkah mengikut  ilmu Hukum Tarikan  (Law-of-Attraction) dan garapan islami.

Sangat praktikal, sesiapa sahaja boleh mempraktiskannya terutamanya kepada mereka yang sedang mencari atau telahpun mempunyai pasangan; anak2;keluarga; karier; kewangan dan peningkatan prestasi diri, dsb.

2. Memahami diri dan orang lain melalui rahsia tarikh lahir – kombinasi maklumat YB Dato’Fadilah Kamsah; Dr Azizan Osman; YB Prof Madya Dr Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor serta melalui maklumat & kutipan pengalaman peribadi

3. Tips memahami Adam & Hawa; tips berkomunikasi dan cara untuk menangani perbezaan penerimaan maklumat agar lebih harmonis dan saling memahami

Penyampai Bicara?

Nisrin M Anis, 14 thn berkhidmat di Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM. Merupakan Pustakawan Kanan dan Trainer pelajar pasca-ijazah, staf serta penyelidik.  Pernah bertugas sebagai Felo Kediaman Pelajar UTM, ahli kepada Persatuan Perpustakaan dan PESIBA (Persatuan IbuBapa & Penjaga Anak ‘Istimewa’ Pendengaran Johor). Salah seorang ‘Practitioner’ dan meminati bidang NLP dan topik LOA.  Kini dalam usaha  pentauliahan sebagai jurulatih berdaftar NLP / LOA, insya ‘allah.

Pelaburan ilmu ini  berjumlah RM3k -8k,  dipakej kepada RM10 -RM20 SAHAJA agar lebih ramai dapat menikmati ‘CINTA’  secara sistematik  bersama ramuan Islami…..

Terima kasih,  ‘I am grateful to Allah’ kerana tuan/puan/sdra/sdri tertarik kemari dan menyokong kami melalui penyertaan kepada program ini, alhamdulilah…

Pautan menarik:

http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/definisi-cinta/

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3719.0

http://www.zuhairinopiah.com/tag/hukum-tarikan/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s