Tips beli dan melabur Emas pada Sabtu 28 jan 2012…..

 

Emas, wang masa hadapan…

Salam semua,

posting kami yang baru adalah Encik Syukor Hashim , sifu emas sudi menyertai GOPPSZ untuk berceramah bagi seminar

Pelaburan Emas : Cara Mudah, Tepat dan Selamat 

Tarikh : Sabtu 28 Jan 2012

  Tempat: Bilik Tayangan,   Perpustakaan  UTM Skudai Johor (sebelah masjid   UTM)

Jam : 9.00 -12.00 tgh

Daftar: 8.15-8.45 am; minum pagi disediakan

 Yuran RM30.00 , ebook berharga RM80 dapat PERCUMA!! buah tangan penceramah sendiri…….terima kasih!!!

Hubungi: 

En Rahman , rahman.l@mel.psz.utm.my 019-7748556

Pn Siti  Nisrin ,nisrin@utm.my    019-7166116

Pn As , aslinda@utm.my,  012-7594771

Nota: saya dah baca ebook ni, baru lah saya tahu :-

1) langkah demi langkah untuk jana keuntungan melalui emas

2)  ada sistem ‘monitoring’ rupanya yang boleh beritau kita bila nak beli

3) macamana nak jual-beli-gadai- beli balik-dapat untung buat duit melalui emas ni…ada caranya………:-) kecil-kecilan till besar-besaran

4) nak beli gold yang mana? UOGold? Public Gold?? (bukan bawah Public Bank ya semua, saya sendiri salah faham), kat kedai emas????

puas hati dapat baca ebook ni, sangat membantu saya…..untung sgt dpt ebook bayar RM30 jer………

kalau tak dapat datang pun boleh beli ebook ni drp tuannya lah……….http://jutawanemas.com/v1/..   baik datang, jimat RM80……

tolong hebahkan ya, TQ

Nisrin MA

Encik Syukor Hashim http://jutawanemas.com/v1/.

CINTA DELIVERY – mengupas rahsia penguasaan potensi diri

 – rahsia untuk merubah hidup daripada ‘biasa-biasa’ kepada ‘luar biasa’
 –rahsia kejayaan orang yang berjaya (termasuk kejayaan orang hebat  UTM)
 –rahsia kuasa minda ‘jutawan’ dan praktikal  prinsip ‘Law of Attraction’
 –rahsia mengelakkan masalah kebocoran wang– asyik keluar, masuk kurang
 –rahsia mengaktifkan getaran tarikan cinta, kasihsayang keluarga, majikan, wang, apa  sahaja yang anda inginkan, insya ‘allah, alhamdulilah…….
(meminjam daripada ruang iklan Mr Azizan Osman, Mind Power, Harian Metro Ahad, 11 Disember 2011)
Objektif :
- menghebahkan teknik asas menguasai potensi diri  
- help others to become winners  - ” paint the target around the arrow &  learn to celebrate other achievement ”   insya ‘allah, alhamdulilah…

Penyampai : Siti Nisrin M Anis, peserta bengkel Mind Power Mr Azizan Osman, Prof Syed Syafiq UTM,  practitioner NLP-LOA

Cerita saya :

perubahan  hidup dalam tempoh 5 bulan……(pengalaman saya) selepas mengikuti bengkel sifu utama,   YB Prof Syed Mohd Syafiq…

Orang selalu berkata,  kalau tiba2 kita teringat pada seseorang, sebenarnya orang itu pun sebenarnya sedang mengingati kita.  Dan yang paling best adalah, kebanyakan daripada kita , terutamanya yang telah berumahtangga, pasangan anda  pasti memiliki ciri2 yang anda idamkan, betul tak? Kalau tak dapat semua, sebahagian nya mesti ada..:-)

Saya teringat istilah mak & ayah saya, ‘makanan dari syurga’, di mana, kadang2, kita teringin hendak makan sesuatu, ada la pula orang yang membeli atau menghantarkannya kepada kita. Istilah lain yang kita selalu guna adalah ‘kebetulan’, tak disangka-sangka’, ‘pucuk dicita ulam mendatang’, ‘nasib baik’ dan sebagainya….

INGAT TAK CERITA THE MATRIC? MANUSIA dijadikan bateri kpd mesin? Kenapa? Sebab manusia itu adalah medan tenaga yang cukup luar biasa, bahasa senang adalah MAGNET HIDUP. Inilah yang dikatakan hukum tarikan.

Sebenarnya Hukum Tarikan memang berlaku kepada semua orang, selalunya tanpa disengajakan kerana kita tidak didedahkan kepada ilmu menjadikan ianya SENGAJA.

Ada ke   kaedah sengaja? Tak percaya?!? ADA, kerana ilmu ALLAH sangat luas, manusia hanya perlu menggalinya….

justeru, ,  kami ingin memperkenalkan TEKNIK  mendapatkan apa yang kita INGINKAN dengan SENGAJA melalui kaedah yang sistematik yang dikenali sebagai HUKUM TARIKAN, melalui Bengkel CINTA DELIVERY  31 Dis , jam 8.30 -11.30 pagi  di Bilik Tayangan PSZ, Aras 3,

 RM10 student, staf / family staf UTM RM20.00 penyertaan luar…

Apa sahaja yang anda ingin, BOLEH DIPENUHI, jika TAHU TEKNIK nya;  baik pasangan idaman, jutawan, karier yang lebih baik, lulus peperiksaan dengan cemerlang, malahan penyembuhan penyakit (ini kelas advanced ya)

Bengkel seumpama itu, biasanya berharga RM2,000.00 – RM8,000.00 (boleh buat downpayment beli rumah tu, takpun buat bayar maskawin..:-)) tapi kami ingin memperkenalkannya kepada anda agar manafaat adalah MAMPUMILIK dengan tawaran luarbiasa iaitu RM10.00 – RM20.00….tak percaya? Ilmu apa la harga murah sangat ni?!?!?! Ilmu alam??? Ya benar, ILMU ALAM SEMESTA = UNIVERSE. Jom lah join Bengkel CINTA DELIVERY  31 Dis , jam 8.30 -11.30 pagi, Bilik Tayangan PSZ, UTM Skudai

Dalam bengkel ini kami berikan booklet untuk mengaplikasi langkah-demi-langkah (step no 1 until finish) law-of-attraction……insya allah sangat boleh dipraktiskan bila balik ke rumah…

Dan yang pengisian terakhir adalah, tips memahami gaya komunikasi orang lelaki dan perempuan dan cara berkomunikasi, cerita-ceriti sahaja, tapi adaptasi drp buku ‘Man from Mars, Woman from Venus’ & ‘Why Man Don’t listen & why woman cannot read maps” diadun sesedap rasa mengikut resepi orang kita…

Jom lah support bengkel ni, insya allah kalau ada sambutan, boleh buat bengkel susulan, panggil sifu nya la pula….”TAK KENAL MAKA TA CINTA”, jika  ‘YA’…. hubungi…..

nisrin@utm.my atau aslinda@utm.my TQ

Hebahan Program GOP-PSZ-UTM-Australia 2011-2012

Hebahan awal mengenai program anjuran GOP-PSZ-UTM-Australia(PERTH) 2011-2012

Bazar dan Book Fair : 

(i)    Bazar & Multipurpose Booth (19-21/12/2011)

(ii)   Book Fair Januari 2012

(iii) Kiosk makanan di laman PSZ, jam 10.00 -12.00 tgh.

Cadangan Bengkel:

(i)  Cinta Delivery , 17/12;  31/12 (rujuk posting ‘Ada apa dengan CINTA’ / Siri Cinta Delivery)

(ii) MindMapping & MindSetting

(iii) Speed Reading

(iv) Blog / Fotografi

 

Sangka Baik, Lapanglah Dada, Ikhlas Jiwa

Artikel tulisan Tuan Zuhairi Nopiah, saya copy drp blog beliau.

 

Sangka baik dan kepentingannya dalam menarik kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan.

Posted by Zuhairi Nopiah on October 15th, 2011

Sebelum kita menggunakan LUA untuk menarik kejayaan, mari kita selami tiga asas penting LUA untuk menarik kejayaan dan kebahagiaan. Tiga asas penting ini ialah:

  1. Bersangka baik
  2. Bersyukur
  3. Sabar

Bersangka Baik

 

Dalam otak manusia, ada satu bahagian otak yang dipanggil Reticular Cortex (RC) yang sentiasa menyerap dan mengeluarkan frekuensi bersifat magnetik. Ini bermaksud, kita akan menarik apa yang kita fikirkan.

Jika kita fikirkan sesuatu yang positif, maka RC akan menghasilkan gelombang yang positif. Gelombang positif ini akan dipancarkan oleh RC ke alam semesta. Hasilnya, ia akan menarik semua perkara positif untuk mendekati kita.  Ini akan mendekatkan dan memudahkan kita mencapai kejayaan dan kebahagiaan

Namun, jika gelombang negatif yang dilepaskan, maka perkara negatif jugalah yang akan tertarik kepada kita. Gelombang negatif mendatangkan banyak masalah, kegelisahan, dan kesukaran dalam hidup kita.

Menarik kejayaan dengan mengaktifkan RC

 

Untuk berjaya dan bahagia, RC perlu diaktifkan semaksima yang mungkin. Dr. Ibrahim Ahmad merupakan salah seorang usahawan yang menggunakan Teknik Pengaktifan RC bagi memajukan kerjaya dan perniagaannya.

Dalam satu temubual oleh Mingguan Malaysia pada 13 Mei 2007, beliau mendedahkan cara beliau berjaya menjadi jutawan. Apakah cara tersebut?

Beliau menampal simbol-simbol wang ($) hampir di seluruh ruang pejabat, meja, dan bilik beliau. Dengan cara ini, beliau telah mengaktifkan RC dan minda menggunakan gambaran atau simbol berkaitan wang. Pengaktifan ini berlaku tanpa kita menyedarinya.

Antara petikan kata-kata beliau ialah,

“Saya tidak menafikan, saya banyak menggunakan rahsia bawah sedar ini bagi merealisasikan semua impian dalam hidup saya. Daripada pengalaman hidup sendiri, saya adaptasikan dalam program latihan. Kalau tengok dalam pejabat saya, semuanya berkaitan dengan duit.  Sebenarnya, kita mesti melihat benda yang betul kerana kehidupan kita dipengaruhi oleh sains bawah sedar.”

 

Tip-tip mengaktifkan RC


 

Menurut Amar Mahmood, penulis buku “Tarik Kekayaan Dengan Kuasa Minda”, RC boleh diaktifkan dengan beberapa cara.  Antaranya ialah:

  1. Selalu membaca kisah-kisah kejayaan orang lain
  2. Selalu gambarkan diri dengan kekayaan
  3. Gunakan kata-kata kekayaan dalam kehidupan seharian

Pentingnya bersangka baik

 

Ada seorang gadis yang baru habis bercuti ingin menaiki bas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.  Disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, dia terlewat dan tidak sempat menaiki bas. Hatinya berasa kesal, gundah, dan marah kerana dia terpaksa membeli tiket lain untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tertanya-tanya dalam hatinya, kenapa perkara ini perlu berlaku sedangkan dia mempunyai banyak urusan yang perlu diselesaikan di Kuala Lumpur.

Malam itu, pertanyaan itu berlalu tanpa sebarang jawapan.

Keesokan harinya, dia mendapat berita bahawa bas yang sepatutnya dinaiki semalam terlibat dalam satu nahas jalan raya.  Sebahagian besar daripada penumpangnya cedera, malah ada yang maut dalam kejadian tersebut.

Apabila mendengar berita tersebut, barulah si gadis sedar kenapa Tuhan mentakdirkan dia tertinggal bas semalam. Dia sangat syukur.  Perasaan gundah dan gelisah bertukar menjadi syukur dalam sekelip mata. Benarlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikannya yang tersendiri.

Sangkaan yang difokuskan dengan bersungguh-sungguh adalah satu doa. Saya tidak menyatakan bahawa semua orang yang mengaplikasikan LUA pasti mendapat apa yang dihajati. Banyak lagi faktor yang mempengaruhi kejayaan kita. Perkara ini akan dikongsikan dengan pembaca semua dalam tajuk-tajuk seterusnya.

Yakinlah, walaupun Allah kadang-kadang tidak mengabulkan sesuatu hajat kita secara terus, Dia pasti akan memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup ini. Kita meminta apa yang kita mahu, dan Allah amemberi apa yang kita perlu.

Mungkin sesuatu hajat kita itu bukan yang terbaik untuk kita, lalu Allah mengabulkan kejadian yang sebaliknya yang merupakan keperluan kita yang sebenar.  Sebab itulah kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Tuhan, kerana di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.

“Sesungguhnya di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.” 
(Surah Al-Insyirah, ayat 5)

Doa tidak makbul menjadi pahala

Saya teringat satu kisah yang disampaikan oleh guru saya. Kisah ini banyak membentuk diri saya agar sentiasa bersangka baik dengan Allah jika doa kita belum dimakbulkan.  Ia juga banyak membantu saya membina ketenangan diri dan kekuatan dalam.

Guru saya bercerita.

“Pada hari kiamat nanti, seorang lelaki dimasukkan ke syurga dengan pahala yang terlalu banyak. Dia berasa hairan kerana sepanjang pengetahuannya, amal baiknya tidaklah sebegitu banyak. Lalu dia bertanya kepada Allah,

 

“Wahai Allah, dari mana datangnya kebaikan yang melimpah ruah ini?”

Allah menjawab,

“Ini semua adalah doa yang kamu minta di dunia, tetapi Aku tangguhkan supaya menjadi kebaikan buatmu di syurga”.

Lalu pemuda itu berkata,

“Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.”

Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan LUA. Mari sama-sama kita ingatkan diri kita dengan kisah ini supaya kita sentiasa redha dan bersangka baik kepada-Nya.

 

“Tidak ada seorang muslim pun yang berdoa dengan doa yang tidak mengandungi dosa dan memutus hubungan silaturrahim, kecuali Allah akan memberikan kepadanya satu diantara tiga hal: dikabulkan doanya ; ditangguhkan hingga hari kiamat ; atau dijauhkan dari suatu keburukan/musibah yang serupa.”

(Hadis riwayat Ahmad, dari Abi Said Al Khudri)

Ringkasnya, antara perkara asas dalam menarik kejayaan, produktiviti dan kebahagiaan ialah dengan bersangka baik kepada tuhan. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

 

“Setiap sesuatu adalah hikmah bagi sesuatu.” (Azzah Abdul Rahman)

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berlapang dada dengan apa yang berlaku walaupun apa yang kita hajati tidak berlaku. Yakinlah bahawa tuhan sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Saya yakin Allah yang maha memperkenankan hajat (as-Somad), sentiasa mendengar apa yang ada dalam hati kita.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya aku sangat dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku…” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

 

Yakinlah, sesuatu yang berlaku mempunyai hikmah dan kebaikannya yang tersendiri. Inilah asas yang perlu kita sedar dalam menarik kejayaan dengan LUA. Sangkaan baik menjadikan kita tenang dan bahagia. Tarikan positif terhadap kita bertambah kuat. Kejayaan dan kebahagiaan semakin mendekati kita.

“Tuhan tidak pernah penat mendengar doa kita, cuma kita yang sering lewat memanjatkan syukur. Tuhan tidak pernah memilih permintaan mana yang mesti dikabulkan. Kita yang memilih doa mana yang ingin dipanjatkan” (Azizah Aling)

*Tajuk Syukur dan sabar akan disambung dalam post seterusnya.  Mohon maklumbalas Tuan Puan di ruangan komen di bawah, atau emel sahaja kepada zuhairi3@yahoo.com.  Komen anda pasti dapat memperbaiki dan mempercepatkan post seterusnya! J

Ada apa dengan CINTA?

Apa cara menjana ‘CINTA’? Ada teknik@ langkah-demi-langkah ?? ada cara saintifik atau teknik untuk faham lelaki & wanita? apa tips terbaik berkomunikasi lelaki & wanita?

 

 

Justeru, atas nama CINTA,  diperkenalkan Siri Bengkel Asas  ‘Cinta ‘Delivery’ (maaf kepada pencinta bahasa)  bagi  kutipan dana Program Global OutReach Programme 2011-2012 Perpustakaan Sultanah Zanariah.

Judul Bengkel: Cinta ‘Delivery’ 

Tarikh  :  (i) Sabtu, 17 Disember 2011  (ii) Sabtu , 31 Disember 2011

Masa : 8.30 pagi – 12.00 tgh | rehat :  10.00 – 10.30 pagi

Tempat : Bilik Seminar 3 , Aras 4, Perpustakaan UTM Skudai

Yuran:

RM10.00 : pelajar, staf dan ahli keluarga staf UTM ( 16 thn ke atas)

RM20.00: penyertaan luar

Tawaran: koleksi ebook percuma berkaitan dengan topik; template berkaitan topik

Pertanyaan / Tempahan , sila hubungi :

Nisrin M Anis , nisrin@utm.my | Aslinda Aris, aslinda@utm.my

Topik perkongsian:

1. Teknik menjana CINTA : langkah-demi-langkah mengikut  ilmu Hukum Tarikan  (Law-of-Attraction) dan garapan islami.

Sangat praktikal, sesiapa sahaja boleh mempraktiskannya terutamanya kepada mereka yang sedang mencari atau telahpun mempunyai pasangan; anak2;keluarga; karier; kewangan dan peningkatan prestasi diri, dsb.

2. Memahami diri dan orang lain melalui rahsia tarikh lahir – kombinasi maklumat YB Dato’Fadilah Kamsah; Dr Azizan Osman; YB Prof Madya Dr Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor serta melalui maklumat & kutipan pengalaman peribadi

3. Tips memahami Adam & Hawa; tips berkomunikasi dan cara untuk menangani perbezaan penerimaan maklumat agar lebih harmonis dan saling memahami

Penyampai Bicara?

Nisrin M Anis, 14 thn berkhidmat di Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM. Merupakan Pustakawan Kanan dan Trainer pelajar pasca-ijazah, staf serta penyelidik.  Pernah bertugas sebagai Felo Kediaman Pelajar UTM, ahli kepada Persatuan Perpustakaan dan PESIBA (Persatuan IbuBapa & Penjaga Anak ‘Istimewa’ Pendengaran Johor). Salah seorang ‘Practitioner’ dan meminati bidang NLP dan topik LOA.  Kini dalam usaha  pentauliahan sebagai jurulatih berdaftar NLP / LOA, insya ‘allah.

Pelaburan ilmu ini  berjumlah RM3k -8k,  dipakej kepada RM10 -RM20 SAHAJA agar lebih ramai dapat menikmati ‘CINTA’  secara sistematik  bersama ramuan Islami…..

Terima kasih,  ‘I am grateful to Allah’ kerana tuan/puan/sdra/sdri tertarik kemari dan menyokong kami melalui penyertaan kepada program ini, alhamdulilah…

Pautan menarik:

http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/definisi-cinta/

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3719.0

http://www.zuhairinopiah.com/tag/hukum-tarikan/

Selamat Datang

Terima kasih kerana melayari blog ini. Moga maklumat dan pengisian di sini memberi idea baru serta inspirasi buat semua dan kami mengalu-alukan sebarang maklumbalas dan komentar yang sihat daripada semua.

Blog ini adalah langkah awal  kami bergiat di dalam bidang keusahawanan terutamanya usahawan cyber @ usahawan internet, di samping berkongsi pelbagai maklumat,teknik  dan tips percuma pelbagai topik yang berkaitan dengan bengkel2 anjuran pasukan kami.

Terima kasih sekali lagi.

 

“Kita semua dalam proses mencipta kejayaan diri, duniawi dan ukhrawi, dengan mudah, tak perlu bersusah-payah, insya’allah” 

Nisrin MA, Admin